Saturday, April 11, 2009

Usahlah DIMUSIMKAN lagi....



Termenung seketika memikirkan hidup yang kian berubah. Memikirkan manifesto manifesto yang masih belum terlaksana. Memikirkan tanggungjawab sebagai PEMIMPIN bagi Fakulti Perubatan UM. Dahsyat..... Bila mana ditanya oleh Allah tentang amanah ini, apa yang bakal Jannah jawab nanti ya? Ya Allah, aku mohon kekuatan dariMu untuk kuteruskan perjuangan yang berat ini.

Kali ini, sukalah Jannah keluarkan satu isu yang perlu dititikberatkan bersama. Isu yang satu masa dulu, sangat hangat diperbincangkan di blog blog, diadakan forum, kempen dan sebagainya. Namun, isu ini kian lesu dan ummah kian leka dengan apa yang berlaku dengan saudara kita sendiri: Isu Palestin.


Semasa Semenanjung Ghaza diserang, ramai yang melahirkan rasa sedih, meluat, menyampah dengan rejim Zionis laknatullah. Namun, hebat sungguh perancangan mereka, dan lemahnya kita menghadapi strategi mereka, bila media mula senyap, ummah mula lesu. Ini bermakna, nak tunggu Ghaza itu dirampas sepenuhnya baru kita akan bersuara? Jawapannya ada pada anda..

Sewaktu media sedang panas, qunut nazilah basah di mulut mulut imam di surau. Ada yang sampai menangis membaca doa tersebut. "Hancurkan mereka! Hancurkan mereka! Hancurkan mereka! Dan menangkan kami ke atas mereka!" Namun, bila habis musim bunga, tiba musim luruh, dan musim sejuk(ye ke Jannah punya sequences untuk musim ni? hehe), semua mula berHIBERNASI. Semua mula mandom. Tiada lagi pengharapan kepada Si Dia. Tabung tabung derma pun sudah hilang entah ke mana. Kerana apa? Kerana tiada berita DAHSYAT yang didengar...

Adakah bila tiba "musim panas" sahaja baru kita akan bersuara? Sedangkan saudara, adik, kakak, umi, dan abah kita di sana terus didera, diseksa, diperkosa oleh si laknatullah itu? Tidak perlulah Jannah terangkan secara detail tentang kesengsaraan mereka di sana, kerana semua sudah tahu. Namun, kita telah terperangkap dalam jerat Zionis Laknatullah. Bila mana mereka senyapkan media, kita juga turut senyap.


Ayuhlah sahabat, walaupun kita tidak mampu untuk berperang mengangkat senjata bersama saudara kita di sana, cukuplah kita lakukan apa yang kita mampu. Cukuplah kita mengangkat SENJATA UTAMA umat Islam, iaitu DOA.

Sekian,
"Betulkan yang biasa, biasakan yang betul!"

No comments: