Wednesday, April 22, 2009

Seni itu dakwah, dakwah itu seni


"Jannah, bukan ke tak bagus ke orang pompuan masuk nasyid ni? Ustaz Muhammad pun kata kalau orang pompuan nasyid ni, paling rendah, hukum dia makruh..."

Mengeluh seketika. Tak apa. Jannah yakin dengan apa yang Jannah lakukan.

Mungkin ada yang pernah mendengar pandangan daripada ulama' yang mengatakan muzik itu sendiri adalah haram. Bahkan, ada yang mengatakan muzik itu adalah bid'ah. Mereka tidak salah sama sekali. Tidak sama sekali. Kerana mereka punya hujah sendiri. Namun, usahlah kita bergaduh tentang perkara khilaf. Itu pandangan mereka, dan mereka tidak salah dan mereka juga tidak boleh katakan orang yang bercanggah pendapat dengan mereka adalah salah. Kerana... Masing masing punya hujah sendiri.

Kebanyakan mereka yang menolak seni adalah mereka yang tidak mengerti apa itu seni. Islam untuk semua. Islam juga adalah untuk orang seni. Jika seseorang itu boleh berdakwah dalam bidang seni, adakah Islam melarang? Bagi Jannah, sudah tentu tidak. Dan, sebenarnya ia merupakan kelebihan bagi individu tersebut untuk menyampaikan risalah Islam.

Percayalah, manusia ini bermacam macam jenis. Ada yang sempoi, ada yang seni, ada hiphop, ada yang metal, ada yang skima. Dan, Islam sesuai untuk semua jenis manusia kerana sememangnya Allah turunkan Islam sebagai panduan bagi manusia. Jadi, dalam soal seni, hanya orang yang mendalami kesenian akan faham maksud seni tersebut.


Sebagai contoh, lukisan abstract yang kita, selaku orang yang tidak menjiwai seni, akan mengatakan bahawa bodohnya mereka kerana sanggup membeli lukisan tersebut dengan harga berjuta juta. Jika kita teliti, pelukis seperti menconteng sahaja lukisannya. Tapi, bagi mereka yang menjiwai lukisan, lukisan itu memberi seribu makna, kononnya mereka mampu membaca apa yang pelukis cuba sampaikan. Wallahua'lam...

Jadi, samalah situasinya dengan muzik. Orang yang tidak meminati nasyid akan mengatakan nasyid itu membosankan dan mula membahaskan soal niat penasyid tersebut, "Betul ke dia ni nak bawa dakwah?". Namun, mereka tidak nampak kebaikan dan kelebihan kepada Islam di sebalik itu. Sedarkan kita, ramai remaja remaja masa kini mula menggilai kumpulan kumpulan nasyid alaf baru ini. Maknanya, peluang dakwah di situ cukup luas jika mahu dibandingkan dengan ceramah yang hanya orang yang turun ke surau sahaja yang akan mendengar, selalunya golongan yang telah berumur. Kemudian, mereka yang meminati dan mendalami nasyid, kadang kadang mampu menjadikan lagu tersebut sebagai penaik semangat, muhasabah dan sebagainya. Jangan terkejut bila mana terdengar ada yang mampu menangis bila mendengar nasyid. Sebab apa? Sebab dia menjiwai apa yang disampaikan oleh penasyid tersebut.

Sedarlah. Islam itu tidak semestinya disampaikan dengan satu cara sahaja. Bahkan, Ustaz Muhammad sendiri mengidamkan sebuah syarikat penerbitan sendiri untuk menerbitkan filem filem berunsurkan Islam. Itulah orang yang berjiwa besar. Namun, bila mana menceburi dalam bidang ini, ujian Allah akan datang sesuai dengan bidang yang kita ceburi. Ya, harus diingat buat penasyid, kadang kala, populariti itu lebih diidam berbanding risalah yang ingin disampaikan.


Jika soalan di awal artikel ditujukan kepada Jannah, Jannah akan menjawab, "Dah, tak ada orang(lelaki) yang nak berjuang dalam bidang ini, biarlah Jannah yang buat. Kerana Jannah sedar, keuntungan besar buat Islam, jika kita menceburi bidang ini."

3 comments:

lembaga ijau said...

ade je laki y berjuang dlm bidang seni nie..akil hay,muadz n few more artists bkn laki ke...??hehe

drosophilla albino said...

bukan nyer dah takde lelaki yang nak berjuang dalam bidang ni....
masalah nyer bukan taknak... tapi suara tak sedap... mana la orang nak dengar... nnti jadi bahan kutuk jer.. hehehehehe


tapi dakwah dalam bidang muzik ni ada masalah jugak:
1.kalo suara tak sedap bukan orang nak dengar walaupun message nyer baik...
2. kebanyakannya hanya untuk orang yang minat seni, cam yang minat lukisan abstrak tu..
3. ada yang dalam bidang seni, hanya menilai seni itu sahaja, bukan messange yang dibawa. ni terjadi kat diri aku sndri sebenarnya. kadang2 kalo dengar lagu tu, walaupun nasyid, kalo dah terikut rentak, bukan dengar sangat pun lyricnya.
4. terhad kepada yang layan nasyid.. kalo yang layan metal, rock, kurang sikit.. tapi leh diperbaiki lagi dengan memasukkan unsur dakwah dalam metal muzik, rock dan lain2.


tapi apa-apa pun dakwah tu ada banyak cara.. kita usaha la apa yang kita termampu....

Mu'awwidz Al-Ansori ibn Dzulkefly said...

salam jannah

penulisan yg ringan tp mampu memberikan suntikan corak berfikir bg pengidam2 revolusi kini..

isu ni snnaye da lame dibahaskan oleh ulamak salaf..dan pd akhirnya mrk bersepakat utk senyap sbg tanda bersetuju jika masih dlm dampingan syarie..

sekadar guideline bersama : apakah teori fizik boleh dihuraikan oleh akauntan..??begitu juga dgn isu perkare2 masyru3(yg disyariatkan)..ramai yg bercakap itu dan ini..tetapi meeka bukan ahlinya..bila bukan ahlinya maka rosaklah institusi dlm ruang lingkup adabiyat khilafiyah..

makanya jadilah kita agen yg berubah bukan agen yg merosakkan..selagi anda adalah AHLInya...laksanakan bersama kesungguhan dan berterusan..

smga ALLAH memancarkan sinar hidayah kpd semua dan thabatkan hati2 kita..
gud job to you ;)

da key word : AHLI - amanah dan berperanan utk : berkerja utk pembawa baikkan..