Monday, October 10, 2011

Barokallahu lakuma~ ^_^



assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh~
alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillahirabbil 'alamin~
baru balik dari Batu Pahat, Johor..(yeaa!! jalan2 =>)
ukhti atikah razali nikah!
=)

alhamdulillah berkesempatan hadir ke majlis nikah n esoknya majlis kenduri.
muhd hafez sabri, nama suami ika.

teringat dalam surah An-Nur~potongan ayat 26 :
"...sedangkan perempuan-perempuan yg baik untuk laki-laki yg baik, dan laki-laki yg baik untuk perempuan yg baik. mereka itu bersih dari apa yg dituduhkan orang. mereka memperoleh ampunan dan rezeki yg mulia (syurga)"

ika seorang sahabat yg baik, pendengar yg baik dan selalu sama2 memberi nasihat dan dorongan pada jannah. jannah gembira n sebak jugak bila lihat ika da kawen. gembira kerana telah sempurna sebahagian agama ika, gembira sgt sbb ika dapat laki yg baik (insyaAllah), gembira sbb jannah yakin ika akan bahagi biiznillah~
sebak?
sebak laa sbb kalo ika da kawen, kurang da masa bersama =(
ni menurut pengalaman kawan2 jannah yg da kawen before ni ler. pas kawen, sure da kurang masa ngan kitorang.wuwu
but its ok. gembira ni melebihi sebak yg dirasakan. =)




pembatalan air sembahyang kali ni xpernah jannah tengok.. slalu msti si suami akan kucup dahi si isteri, tapi kali ni macam gambar yg kat atas ni, tok Kadi suh ustaz hafez letak tangan kat dahi.
paling menarik sekali ialah.....: ustaz humble sangat! (memang sesuai ngan ika =D)
Tok Kadi kata : nnti letak tgn tu baca doa.. robbana hablana min azwajina, wa zurriyyatina qurrota a'ayun, waj 'alna lil muttaqeena imama..
awak nak baca sendiri ke nak ikut saya baca sepotong, awak ikut sepotong? kalo awak tahu baca, alhamdulillah la. tapi kalo xtahu, nak ikut saya pun takpe..
then ustaz pun kata...: saya ikut tok kadi la
waaahh humble betul ustaz hafez ni. =)

sibuk nak amek gambar ika (sbb dia x facing jannah) sampai tergolek pasu bunga yg kat gambar tuh. adeh, wat malu jek. wawa~

last but not least,
tujukan potongan ayat ni wat ustaz hafez dan sohabati, atikah :
"Laki-laki (suami) itu pelindung bagi perempuan (isteri) kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yg lain (perempuan), dan kerana mereka (laki-laki) telah memberikan nafkah dari hartanya.
maka perempuan yang soleh adalah yang taat pada Allah, dan menjaga diri ketika suaminya tiada, kerana Allah menjaga mereka......"

an-Nisa' : 34

semoga bahagia..
ilal Jannah~
salam