Wednesday, April 29, 2009

Koreksi diri~

“Wahai Tuhanku, aku bermohon kepadaMu rasa takut kepadaMu di dalam rahsia dan terang, aku bermohon kepadamu perkataan yang benar di waktu marah dan redha dan aku bermohon kepadaMu bersikap sederhana di waktu fakir dan kaya.”
(Doa Rasulullah SAW)

Setiap kata kata atau perilaku yang keluar dari diri kekasih Allah ini sungguh bermakna. Alangkah bahagianya hidup ini jika dipandu oleh Allah SWT sedemikian rupa. 4 sifat Nabi yang dipelajari itu bukan untuk dikeTAHUi sahaja, tetapi untuk diterapkan dalam diri kita sebagai umatnya. Sidiq, Amanah, Tabligh dan Fatanah. Namun, sejauh mana kita mengimplentasi kesemua sifat ini ke dalam diri kita selaku umat Muhammad SAW? Hina sungguh diri ini kan? Mengaku sahaja umatnya, tetapi sejauh mana kita sendiri menjadikan Nabi SAW sebagai teladan.

Jika beginilah kita, layakkah kita mendapat syafaat daripadanya kelak? Takut takut, kita tak diakui pun sebagai umat baginda. Ayuh kita ambil iktibar sedikit daripada artikel ini, yang mana Jannah dapat daripada seorang kawan:~

"Maaf dakwah,
saya ada perkara lebih penting utk ‘kepentingan’ awak juge…

saya tak dapat nak usrah esok,
sebab esok saya ada deadline siapkan kertas kerja yg boss saya minta
maklumlah, ini utk awak juga
kena jaga ‘sihir’ sebab dakwah perlukan duit juga
dan kerja sihir saya memang sangat menimbun-nimbun tak terhingga

saya tak dapat nak ikut katibah hujung minggu ni
sebab hujung minggu ni family saya nak sambut birthday saya,
maklumlah, ini utk awak juga kena jaga hati family
sebab nanti tak boleh nak keluar ke program pula
dan family saya memang perlukan komitmen saya

saya tak dapat nak attend jaulah bulan ni
sebab saya kena pergi ke family day company saya
maklumlah, ini untuk awak juga
kena jaga rapport dengan kawan sekerja
sebab nanti mereka ingat pendakwah kera sumbang semuanya
dan kawan sekerja saya semuanya perlu saya jaga hatinya

saya tak dapat nak join mukhaiyam tahun ni
sebab kawan baik saya nak walimah
maklumlah, ini untuk awak juga kena pastikan kawan baik tak larikan diri,
nanti saya nak dakwah siapa? Itulah saja kawan baik saya di dunia

Maaf dakwah,
Setiap kali awak perlukan saya, saya diperlukan oleh perkara lain
Maklumlah, itu semua untuk awak juga
Lagipun ada orang lain boleh gantikan saya
Saya bukannya ada apa-apa tugas besar pun

Maaf dakwah,
Saya tak boleh nak dakwah dah
Saya rasa tak welcomed la dengan mereka
Saya rasa nak rehat sekejap la dari semuanya
Naqibah saya tak retilah nak cater saya dalam usrahnya
Saya rasa penatlah nak handle macam-macam perkara

Saya akan contribute dari sudut material saja nanti ya

Ohh maaf dakwah,
Saya tak boleh nak infak dah sekarang
Suami saya tak suka,
Anak saya perlukan duit saya juga
Kereta saya, rumah saya, bil bil saya semuanya perlu dilunaskan
Maaf ya dakwah. Maafkan saya ya.

semoga awak terus berjaya"

Dakwah itu sunnah Rasulullah dan merupakan tuntutan buat seluruh umat yang bergelar umatnya. Namun, ramai yang masih beralasan dengan pelbagai alasan. Bayangkan, jika Nabi SAW mempunyai sikap seperti kita yang banyak alasan, Islam tak akan tersebar luas sehingga ke 2/3 dunia. Mungkin, kita juga tidak dapat merasai nikmat Islam yang sungguh indah ini.

Renungan buat semua....
"Betulkan yang biasa, Biasakan yang betul"

Monday, April 27, 2009

Wanita: Kelembutan bukan kelemahan


"Isy... pompuan ni memang tak boleh harap. Suruh buat kerja semua tak boleh" rungut si Adam.

"Memang pompuan ni LEMAH. Kami tak mampu buat apa apa tanpa bimbingan lelaki" balas si Hawa pula.

Sesungguhnya, setiap kejadian Allah itu punya hikmah dan sebabnya. Dan kadang kadang mungkin menjangkaui logik akal makhlukNya. Sebab itulah apabila Allah ingin menjadikan kita, manusia di bumi ini, para Malaikat mempersoalkan tindakan Allah ini, "Kenapa Kau mahu jadikan makhluk yang akan melakukan pertumpahan darah dan kerosakan di muka bumi ini?". Allah menjawab dengan jawapan yang cukup hebat, "Sesungguhnya Aku tahu apa yang kamu tak tahu".

Jika difikirkan, samalah juga dengan penciptaan jantina, lelaki dan perempuan. Ada hikmah di sebalik kejadian kedua duanya. Masing masing punya fitrah peribadi masing masing. Lelaki dikenali sebagai golongan yang kuat, mementingkan logik dari emosi. Perempuan pula dikenali dengan kelembutan, dan emosi yang tinggi. Namun, persoalannya, bila itu keadaannya, adakah martabat perempuan itu direndahkan oleh Allah? Adakah bermakna, sesiapa yang diciptakan sebagai wanita, maka ia adalah makhluk yang LEMAH?

Sedarlah... Wanita sebenarnya bukan lemah, tetapi LEMBUT. Dan, kelembutan itu bukanlah satu kelemahan. Bahkan ia adalah lambang cantiknya dan moleknya wanita tersebut. Cuma, kadang kadang,mungkin akibat doktrin dan pemikiran sebegini bermain di fikiran wanita, wanita tidak merasakan diri mereka BERHARGA. Golongan ini lupa, bahawa sesungguhnya, di sebalik kejayaan tokoh tokoh yang hebat, punya wanita di sebaliknya.


Jannah pernah mendengar kata kata daripada seorang sahabat, tentang Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan. Mungkin masyarakat melihatnya hebat. Namun, ramai yang tidak mengetahui, di sebalik kehebatannya, dia sebenarnya ditampung dan disupport oleh seorang isteri yang sangat memahami dan hebat. Boleh rujuk buku baru, "Bidadari Dari Timur" untuk maklumat lanjut. Kita lihat Rasulullah sendiri, di awal Islam itu dibina, siapa yang sentiasa mendampingi dan menyokongnya? Sudah tentu sekali isteri yang paling disayanginya, Saidatina Khadijah. Hebatnya insan yang bernama Khadijah ini, sehinggakan dikenang oleh Nabi SAW di sepanjang hayatnya sehingga Aisyah sendiri cemburu dengannya akibat kasihnya Nabi SAW kepada Khadijah.

Jadi, adakah benar perempuan ini LEMAH? Jika perempuan tiada, lelaki juga tidak teratur hidupnya. Bahkan, mungkin lelaki juga akan menjadi LEMAH. Cuba kita bayangkan, jika Allah jadikan lelaki yang mengandung dan menyusukan anak, tak kelam kabut dunia jadinya? Sebenarnya, wanita tidak lemah, bahkan sangat berharga, cuma, mungkin mereka terlupa bahawa DIRI MEREKA SANGAT BERHARGA. Sedarlah wahai Hawa....

Akhirnya, ayuh kita menghayati nasyid dari Kumpulan DeHearty, "Wanita":

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa

Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa


Akalmu senipis bilahan rambut

Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu

Jua hatimu bak kaca yang rapuh

Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh


Tercipta engkau dari rusuk lelaki

Bukan dari kaki untuk dialasi

Bukan dari kepala untuk dijunjung

Tapi dekat di bahu untuk dilindung

Dekat jua di hati untuk dikasihi

Engkaulah wanita hiasan duniawi


Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok

Jika datangnya dari kayu yang bengkok

Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan

Bukannya harta ataupun pujian

Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa


Engkaulah wanita istimewa


Sedarilah insan istimewa

Bahawa kelembutan bukan kelemahan

Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Wednesday, April 22, 2009

Seni itu dakwah, dakwah itu seni


"Jannah, bukan ke tak bagus ke orang pompuan masuk nasyid ni? Ustaz Muhammad pun kata kalau orang pompuan nasyid ni, paling rendah, hukum dia makruh..."

Mengeluh seketika. Tak apa. Jannah yakin dengan apa yang Jannah lakukan.

Mungkin ada yang pernah mendengar pandangan daripada ulama' yang mengatakan muzik itu sendiri adalah haram. Bahkan, ada yang mengatakan muzik itu adalah bid'ah. Mereka tidak salah sama sekali. Tidak sama sekali. Kerana mereka punya hujah sendiri. Namun, usahlah kita bergaduh tentang perkara khilaf. Itu pandangan mereka, dan mereka tidak salah dan mereka juga tidak boleh katakan orang yang bercanggah pendapat dengan mereka adalah salah. Kerana... Masing masing punya hujah sendiri.

Kebanyakan mereka yang menolak seni adalah mereka yang tidak mengerti apa itu seni. Islam untuk semua. Islam juga adalah untuk orang seni. Jika seseorang itu boleh berdakwah dalam bidang seni, adakah Islam melarang? Bagi Jannah, sudah tentu tidak. Dan, sebenarnya ia merupakan kelebihan bagi individu tersebut untuk menyampaikan risalah Islam.

Percayalah, manusia ini bermacam macam jenis. Ada yang sempoi, ada yang seni, ada hiphop, ada yang metal, ada yang skima. Dan, Islam sesuai untuk semua jenis manusia kerana sememangnya Allah turunkan Islam sebagai panduan bagi manusia. Jadi, dalam soal seni, hanya orang yang mendalami kesenian akan faham maksud seni tersebut.


Sebagai contoh, lukisan abstract yang kita, selaku orang yang tidak menjiwai seni, akan mengatakan bahawa bodohnya mereka kerana sanggup membeli lukisan tersebut dengan harga berjuta juta. Jika kita teliti, pelukis seperti menconteng sahaja lukisannya. Tapi, bagi mereka yang menjiwai lukisan, lukisan itu memberi seribu makna, kononnya mereka mampu membaca apa yang pelukis cuba sampaikan. Wallahua'lam...

Jadi, samalah situasinya dengan muzik. Orang yang tidak meminati nasyid akan mengatakan nasyid itu membosankan dan mula membahaskan soal niat penasyid tersebut, "Betul ke dia ni nak bawa dakwah?". Namun, mereka tidak nampak kebaikan dan kelebihan kepada Islam di sebalik itu. Sedarkan kita, ramai remaja remaja masa kini mula menggilai kumpulan kumpulan nasyid alaf baru ini. Maknanya, peluang dakwah di situ cukup luas jika mahu dibandingkan dengan ceramah yang hanya orang yang turun ke surau sahaja yang akan mendengar, selalunya golongan yang telah berumur. Kemudian, mereka yang meminati dan mendalami nasyid, kadang kadang mampu menjadikan lagu tersebut sebagai penaik semangat, muhasabah dan sebagainya. Jangan terkejut bila mana terdengar ada yang mampu menangis bila mendengar nasyid. Sebab apa? Sebab dia menjiwai apa yang disampaikan oleh penasyid tersebut.

Sedarlah. Islam itu tidak semestinya disampaikan dengan satu cara sahaja. Bahkan, Ustaz Muhammad sendiri mengidamkan sebuah syarikat penerbitan sendiri untuk menerbitkan filem filem berunsurkan Islam. Itulah orang yang berjiwa besar. Namun, bila mana menceburi dalam bidang ini, ujian Allah akan datang sesuai dengan bidang yang kita ceburi. Ya, harus diingat buat penasyid, kadang kala, populariti itu lebih diidam berbanding risalah yang ingin disampaikan.


Jika soalan di awal artikel ditujukan kepada Jannah, Jannah akan menjawab, "Dah, tak ada orang(lelaki) yang nak berjuang dalam bidang ini, biarlah Jannah yang buat. Kerana Jannah sedar, keuntungan besar buat Islam, jika kita menceburi bidang ini."

Sunday, April 19, 2009

Wanita: Percayalah.. Ini realiti


"Eh, Mat, ada pompuan mengandung lalu, kau rasa, anak dia laki ke pompuan?"
"Aku bet anak dia laki.Kalau laki, kau kena bagi aku 2 anak pompuan kau kat aku, boleh?"
"Okay, set! Aku bet anak dia pompuan, kalau kau kalah, kau kena bayar 2 kali ganda, 2 anak pompuan kau dan 2 bini kau."
"Jom kita gi check. Tak sabar aku nak menang, dapat hadiah. Haha..."
Lalu, perut perempuan yang mengandung itu DIBELAH HIDUP HIDUP untuk mendapatkan jawapan.

Jijiknya....

"Mat, aku dengar bini kau lahirkan anak pompuan, betul ke?"
"Kau ni, cakap slow sikit. Nanti ada orang dengar, malu aku. Aku bengang betul lepas tahu berita ni, bini aku pun satu hal, dah dua kali dah dia buat macam ni."

(Situasi ini, Jannah ubah suai gaya bahasanya untuk penghayatan dan direlatekan dengan situasi semasa)

Agaknya, bila mana perbualan begini didengar pada masa sekarang, apa kita akan kata? Mungkin ada yang akan mengeluarkan, "Dah gila agaknya diorang ni". Namun, inilah hakikat yang pernah terjadi suatu ketika dahulu................... sebelum datangnya Islam.

Bagi mereka, perempuan adalah najis, hina dan barang yang boleh ditukar tukar. Mendapat anak perempuan seperti dilemparkan najis ke muka. Kita mungkin akan berfikir, "kenapalah boleh berfikir sampai begitu? Siapa yang melahirkan mereka kalau bukan perempuan?". Namun, ini realtiti. Ini realiti.

Datangnya Muhammad SAW menyedarkan masyarakat tentang PENTINGnya seorang wanita. Bahkan, martabat mereka diletakkan di tempat yang sepatutnya. "Syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu" cukup menerangkan segala. Namun, tetap juga kedengaran, bahawa Islam yang dibawa oleh Nabi SAW ini, menindas wanita. Pelik kan? Tapi, ini realiti. Ini realti. Adakah mereka mahu zaman tersebut kembali, baru mereka akan percaya?


Islam itu sangat ADIL. ADIL, bukan semestinya SAMA RATA. Apa itu adil? Meletakkan sesuatu pada tempatnya. Banyak kedengaran kini, tentang isu kononya HAK KEADILAN TERHADAP WANITA. Namun, mereka lupa, yang mereka perjuangkan itu bukan KEADILAN, tetapi KESAMARATAAN. Adakah adil kita memberi makan anak kita berusia 15 tahun, 8 tahun, 4 tahun dan 2 tahun dengan 2 pinggan nasi semuanya?

Namun, tugas siapa kalau bukan kita, yang faham tentang keadilan ini, untuk memahamkan mereka. Kehadiran mereka tidak perlu digeruni, kerana kehadiran mereka, bermakna Allah Taala ingin memberikan kita peluang untuk berbakti kepada agama. Dan, percayalah Islam itu datang daripadaNya, jadi, tak mungkin ada yang tidak kena dengan Islam. Jika ada, sila utarakan kepada Jannah, dan Jannah pasti bahawa Islam tak mungkin salah. Cuma, mungkin, umat Islam itu tidak mencerminkan Islam.

Sama sama kita fikirkan. Jom bersama Jannah kita perjuangkan isu wanita ini.

"Betulkan yang biasa, biasakan yang betul"

Friday, April 17, 2009

INDAHnya pelbagai kaum.


Baru baru ini, seperti meletup keadaan di fakulti, lebih lebih lagi, MBBS 2nd Year tentang isu perkauman. Jannah lebih suka mengambil langkah berdiam diri dan melihat situasi. Namun, tak dapat dinafikan, macam macam ragam orang dapat ditemui, dan sememangnya itulah indahnya ciptaan Allah SWT. Setiap orang diberikan cara berfikir masing masing. Ada yang menyokong, ada yang menentang, dan semuanya ada hujah masing masing.

Bagi Jannah, "PELBAGAI KAUM ITU INDAH".

Firman Allah SWT:
"Wahai manusia! Sungguh, kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian kami jadikan kamu berbangsa bangsa dan bersuku-suku, AGAR KAMU SALING MENGENAL. Sungguh, yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Teliti."
(Al Hujurat:13)

Inilah buktinya. Sesungguhnya sememangnya bila kita mencelikkan mata ke dunia ini, menangis, sudah DITETAPKAN bahawa kita ini bangsa apa. Dan, Jannah ditakdirkan menjadi orang bangsa Melayu. Bangsa memang tidak dapat kita pilih, itu pilihan Allah SWT. Bukan kehendak kita.


Namun, Allah tidak menjadikan sesuatu perkara itu sia sia. Dalam ayat di atas, Allah menyeru kepada semua manusia, bukan sahaja orang Islam, bahawa kita semua sebenarnya BERSAUDARA. Mungkin adik beradik, saudara, sepupu, dua pupu atau beribu ribu pupu. Semua berasal dari 2 manusia ini: datuk kita, Adam dan nenek kita, Hawa. Maknanya, Jannah dan Archana adalah saudara, Jannah dan Lim Guan Eng adalah bersaudara, Jannah dan Obama juga bersaudara.

Cuma, Allah mahu berikan hidup kita lebih bererti. Dia jadikan kita berbangsa bangsa dan bersuku. Ada bangsa Cina, India, Afrika, Orang Putih, Jepun, Melayu dan lain lain. Setiap bangsa ada kelebihan, budaya dan adat masing masing. Cina terkenal dengan mata sepet, kulit putih, rambut lurus, dan Tahun Baru Cina. India pula terkenal dengan kulit yang hitam manis, mata luas menggoda(hehe.. Jangan marah Archana), dan sari mereka. Melayu juga, terkenal dengan cakap berlapik, sopan, songkok dan baju kurung. Maknanya, setiap bangsa ada TERKENAL dengan ciri ciri masing masing. Jadi, itulah yang patut kita kenal. Bayangkan alangkah boringnya dunia kalau semua manusia ni satu colour je, satu bangsa je. Tak adalah hero Hindustan, hero Jepun dan heroin Korea. Hehehe.


Jika manusia berpandukan kepada ayat Allah ini, isu perkauman tidak patut timbul, kerana asal perkauman ini dibuat untuk mengenalkan manusia. Cuma, firman Allah ini tidak diendah, bahkan perkauman dijadikan alasan untuk bermusuhan. "Aku tak suka budak Kelantan, gi mana mana, cakap loghat dia, bajet r!" "Kalau nak cari bini, tak nak aku cari budak Melaka, cakap kasar je."

Ada sahaja alasan nak menyalakan api. Walhal, kan menarik orang Kelantan ada loghatnya sendiri. "Make ike dale pingge depe kole". Hehe. Mungkin kita tak suka orang yang kasar, namun, ada yang suka orang yang macam tu. Jadi, kan cantik ciptaan Allah itu. Macam macam ragam orang ini.

Kesimpulannya, kita adalah bersaudara. Kita berbangsa dan bersuku untuk kita saling mengenal. Pelbagai KAUM itu INDAH, manusia sahaja yang MEMBURUKKANNYA!!

Senang, jangan kata susah!

"Allah tidak membebankan seseorang itu melainkan dengan apa yang sanggup ditanggungnya"

Ayat terakhir surah Al Baqarah ini direnung. Hebat sungguh kalam Allah SWT ini. Sesungguhnya, jika difikirkan kembali, cukup sahaja Al Quran dan BERKHALWAT dengan Allah untuk tiupan semangat diri yang kian luntur. Namun, kadang kadang, kita sering lupa dengan 2 perkara penting ini. Al Quran? Bila kali terakhir kita membacanya? Qiamullail? Tak ada program orang buat qiamullail, jadi tak buatlah.

Ampunkan kami Ya Allah.

Di musim demam exam ini, Jannah pernah bertanya kepada seorang ustaz, "Ustaz, camne nak naikkan semangat kita ek kalau kita asyik down je." Jawapannya cukup mudah, yang paling utama, sejauh mana pengharapan kita kepada Allah. Kemudian, tips yang kedua ialah perlu seorang teman, yang mana tempat untuk kita berkongsi. Tips yang kedua ini, bunyinya senang, namun, teman sebegini, sangat sukar dicari. Jika menjumpai teman sebegini, alangkah seronoknya.

Jannah pernah ditanya oleh seorang sahabat tentang macam mana nak berjaya dalam pelajaran, khususnya dalam bidang Perubatan. Mungkin dia bertanya kerana result exam Jannah. Pendapat Jannah, ramai orang yang mana dalam kepala mereka ada perkataan SUSAH.

"Susah la nak konsisten study."

"Susah la nak Final ni. Aku apa pun tak study lagi"

"Susah la tu. Susah la ni."

Bila mana kita berfikiran begitu, kita belum cukup yakin dengan kalam Allah, ayat terakhir surah Al Baqarah tadi. Jika itulah ujian Allah kepada kita, maka KITA PASTI MAMPU MENGHADAPINYA. Allah Maha Tahu kita ini jenisnya bagaimana, dan Dia tahu apa yang perlu Dia uji untuk menjadikan kita hambaNya yang terbaik. Jadi, yakinlah denganNya. Positif! Jangan kata susah, ia senang! Dan, ia harus bermula, bukan setakat bermain dalam fikiran sahaja.

"Baiklah, aku mesti mula konsisten study, aku start dengan 20 minit sehari dulu"

"Aku tak study untuk exam ni lagi. Tapi, kalau aku tak start, lagi banyak kena baca nanti. Jadi, baik aku mulakan, insyaAllah.... Allah permudahkan urusanku."

Akhir kalam dari Jannah, jom sama sama kita amalkan Al Mathurat, kerana di dalamnya terdapat banyak zikir dan doa yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Jika Nabi amalkan, maknanya, ada something special dalam doa atau zikir tersebut. Tak percaya? Sahabat sahabat boleh buka mathurat, hayati maknanya, dan amalkan.

Salam Mujahadah~

Saturday, April 11, 2009

Usahlah DIMUSIMKAN lagi....



Termenung seketika memikirkan hidup yang kian berubah. Memikirkan manifesto manifesto yang masih belum terlaksana. Memikirkan tanggungjawab sebagai PEMIMPIN bagi Fakulti Perubatan UM. Dahsyat..... Bila mana ditanya oleh Allah tentang amanah ini, apa yang bakal Jannah jawab nanti ya? Ya Allah, aku mohon kekuatan dariMu untuk kuteruskan perjuangan yang berat ini.

Kali ini, sukalah Jannah keluarkan satu isu yang perlu dititikberatkan bersama. Isu yang satu masa dulu, sangat hangat diperbincangkan di blog blog, diadakan forum, kempen dan sebagainya. Namun, isu ini kian lesu dan ummah kian leka dengan apa yang berlaku dengan saudara kita sendiri: Isu Palestin.


Semasa Semenanjung Ghaza diserang, ramai yang melahirkan rasa sedih, meluat, menyampah dengan rejim Zionis laknatullah. Namun, hebat sungguh perancangan mereka, dan lemahnya kita menghadapi strategi mereka, bila media mula senyap, ummah mula lesu. Ini bermakna, nak tunggu Ghaza itu dirampas sepenuhnya baru kita akan bersuara? Jawapannya ada pada anda..

Sewaktu media sedang panas, qunut nazilah basah di mulut mulut imam di surau. Ada yang sampai menangis membaca doa tersebut. "Hancurkan mereka! Hancurkan mereka! Hancurkan mereka! Dan menangkan kami ke atas mereka!" Namun, bila habis musim bunga, tiba musim luruh, dan musim sejuk(ye ke Jannah punya sequences untuk musim ni? hehe), semua mula berHIBERNASI. Semua mula mandom. Tiada lagi pengharapan kepada Si Dia. Tabung tabung derma pun sudah hilang entah ke mana. Kerana apa? Kerana tiada berita DAHSYAT yang didengar...

Adakah bila tiba "musim panas" sahaja baru kita akan bersuara? Sedangkan saudara, adik, kakak, umi, dan abah kita di sana terus didera, diseksa, diperkosa oleh si laknatullah itu? Tidak perlulah Jannah terangkan secara detail tentang kesengsaraan mereka di sana, kerana semua sudah tahu. Namun, kita telah terperangkap dalam jerat Zionis Laknatullah. Bila mana mereka senyapkan media, kita juga turut senyap.


Ayuhlah sahabat, walaupun kita tidak mampu untuk berperang mengangkat senjata bersama saudara kita di sana, cukuplah kita lakukan apa yang kita mampu. Cukuplah kita mengangkat SENJATA UTAMA umat Islam, iaitu DOA.

Sekian,
"Betulkan yang biasa, biasakan yang betul!"

Friday, April 10, 2009

Gotong Royong Surau Fakulti

Salam Jom Ke Jannah!

Dijemput semua ahli Fakulti Perubatan UM untuk menghadiri Gotong Royong membersihkan Surau Fakulti kita.

Tarikh: 11 April 2009(Sabtu)
Masa: 9.00 pagi

Semoga dengan bantuan sahabat2 untuk membersihkan tempat yang merupakan ruang untuk hambaNya beribadah, Allah Taala akan membantu kita dalam urusan kita.

"Jika kamu menolong Allah, Dia akan menolong kamu"

Sunday, April 5, 2009

~VOICE??~

Nak tahu apa itu VOICE? Kita tunggu dan lihat......
Wah.. Jannah suka suspen!!!

~Betulkan yang BIASA, biasakan yang BETUL~

Alhamdulillah... Akhirnya niat Jannah untuk menubuhkan blog ini akhirnya tercapai. Walaupun ia nampak simple, tapi akan Jannah cuba improve Jannah punya kepakaran dalam bidang IT ni. InsyaAllah dalam blog ini akan dinukilkan perjalanan hidup Jannah sebagai seorang yang telah dipercayai oleh sahabat Jannah di Fakulti Perubatan untuk menjadi suara mereka. Tidak lupa juga, kemungkinan ia mungkin boleh dijadikan sebagai wadah untuk Jannah sampaikan pesanan buat sahabat-sahabat yang sudi berkunjung ke blog yang tak seberapa ini.

Jadi, hadis pertama dalam hadis 40 ini akan Jannah ambil sebagai pedoman, dan ia juga telah berjaya dihidupkan penghayatannya oleh saudara Muadz dengan nasyidnya. Sama-samalah kita hayati isi kandungan hadis tersebut dan doakan Jannah tidak terpesong niat dari perjuangan yang murni ini.

"Apabila kamu melangkah ke alam perjuangan, kamu tidak akan dihamparkan dengan karpet merah, kerana jalan perjuangan ini penuh dengan liku-liku dan mehnah tribulasi di hadapannya. Jadi, bergantunglah kepadaNya agar ditetapkan kamu dalam jalan yang mulia ini."

Sekian wadah pertama daripada Jannah, wassalam...

~Betulkan yang BIASA, biasakan yang BETUL~