Wednesday, April 29, 2009

Koreksi diri~

“Wahai Tuhanku, aku bermohon kepadaMu rasa takut kepadaMu di dalam rahsia dan terang, aku bermohon kepadamu perkataan yang benar di waktu marah dan redha dan aku bermohon kepadaMu bersikap sederhana di waktu fakir dan kaya.”
(Doa Rasulullah SAW)

Setiap kata kata atau perilaku yang keluar dari diri kekasih Allah ini sungguh bermakna. Alangkah bahagianya hidup ini jika dipandu oleh Allah SWT sedemikian rupa. 4 sifat Nabi yang dipelajari itu bukan untuk dikeTAHUi sahaja, tetapi untuk diterapkan dalam diri kita sebagai umatnya. Sidiq, Amanah, Tabligh dan Fatanah. Namun, sejauh mana kita mengimplentasi kesemua sifat ini ke dalam diri kita selaku umat Muhammad SAW? Hina sungguh diri ini kan? Mengaku sahaja umatnya, tetapi sejauh mana kita sendiri menjadikan Nabi SAW sebagai teladan.

Jika beginilah kita, layakkah kita mendapat syafaat daripadanya kelak? Takut takut, kita tak diakui pun sebagai umat baginda. Ayuh kita ambil iktibar sedikit daripada artikel ini, yang mana Jannah dapat daripada seorang kawan:~

"Maaf dakwah,
saya ada perkara lebih penting utk ‘kepentingan’ awak juge…

saya tak dapat nak usrah esok,
sebab esok saya ada deadline siapkan kertas kerja yg boss saya minta
maklumlah, ini utk awak juga
kena jaga ‘sihir’ sebab dakwah perlukan duit juga
dan kerja sihir saya memang sangat menimbun-nimbun tak terhingga

saya tak dapat nak ikut katibah hujung minggu ni
sebab hujung minggu ni family saya nak sambut birthday saya,
maklumlah, ini utk awak juga kena jaga hati family
sebab nanti tak boleh nak keluar ke program pula
dan family saya memang perlukan komitmen saya

saya tak dapat nak attend jaulah bulan ni
sebab saya kena pergi ke family day company saya
maklumlah, ini untuk awak juga
kena jaga rapport dengan kawan sekerja
sebab nanti mereka ingat pendakwah kera sumbang semuanya
dan kawan sekerja saya semuanya perlu saya jaga hatinya

saya tak dapat nak join mukhaiyam tahun ni
sebab kawan baik saya nak walimah
maklumlah, ini untuk awak juga kena pastikan kawan baik tak larikan diri,
nanti saya nak dakwah siapa? Itulah saja kawan baik saya di dunia

Maaf dakwah,
Setiap kali awak perlukan saya, saya diperlukan oleh perkara lain
Maklumlah, itu semua untuk awak juga
Lagipun ada orang lain boleh gantikan saya
Saya bukannya ada apa-apa tugas besar pun

Maaf dakwah,
Saya tak boleh nak dakwah dah
Saya rasa tak welcomed la dengan mereka
Saya rasa nak rehat sekejap la dari semuanya
Naqibah saya tak retilah nak cater saya dalam usrahnya
Saya rasa penatlah nak handle macam-macam perkara

Saya akan contribute dari sudut material saja nanti ya

Ohh maaf dakwah,
Saya tak boleh nak infak dah sekarang
Suami saya tak suka,
Anak saya perlukan duit saya juga
Kereta saya, rumah saya, bil bil saya semuanya perlu dilunaskan
Maaf ya dakwah. Maafkan saya ya.

semoga awak terus berjaya"

Dakwah itu sunnah Rasulullah dan merupakan tuntutan buat seluruh umat yang bergelar umatnya. Namun, ramai yang masih beralasan dengan pelbagai alasan. Bayangkan, jika Nabi SAW mempunyai sikap seperti kita yang banyak alasan, Islam tak akan tersebar luas sehingga ke 2/3 dunia. Mungkin, kita juga tidak dapat merasai nikmat Islam yang sungguh indah ini.

Renungan buat semua....
"Betulkan yang biasa, Biasakan yang betul"

1 comment:

bazliahrodzi said...

hm...saya amat terasa dgn post ni..huhu...selalu je busy ngan byk benda, pastu lupa Allah and lupa tugas al-Haq kita...moga2 Allah sentiasa mengampunkan kita yg byk leka and main2...kita pun kena lah berusaha byk2 utk buat sehabis baik kita utk agama Allah...takleh ada mindset yg suka alasan2 nih..