Friday, April 17, 2009

INDAHnya pelbagai kaum.


Baru baru ini, seperti meletup keadaan di fakulti, lebih lebih lagi, MBBS 2nd Year tentang isu perkauman. Jannah lebih suka mengambil langkah berdiam diri dan melihat situasi. Namun, tak dapat dinafikan, macam macam ragam orang dapat ditemui, dan sememangnya itulah indahnya ciptaan Allah SWT. Setiap orang diberikan cara berfikir masing masing. Ada yang menyokong, ada yang menentang, dan semuanya ada hujah masing masing.

Bagi Jannah, "PELBAGAI KAUM ITU INDAH".

Firman Allah SWT:
"Wahai manusia! Sungguh, kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian kami jadikan kamu berbangsa bangsa dan bersuku-suku, AGAR KAMU SALING MENGENAL. Sungguh, yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Teliti."
(Al Hujurat:13)

Inilah buktinya. Sesungguhnya sememangnya bila kita mencelikkan mata ke dunia ini, menangis, sudah DITETAPKAN bahawa kita ini bangsa apa. Dan, Jannah ditakdirkan menjadi orang bangsa Melayu. Bangsa memang tidak dapat kita pilih, itu pilihan Allah SWT. Bukan kehendak kita.


Namun, Allah tidak menjadikan sesuatu perkara itu sia sia. Dalam ayat di atas, Allah menyeru kepada semua manusia, bukan sahaja orang Islam, bahawa kita semua sebenarnya BERSAUDARA. Mungkin adik beradik, saudara, sepupu, dua pupu atau beribu ribu pupu. Semua berasal dari 2 manusia ini: datuk kita, Adam dan nenek kita, Hawa. Maknanya, Jannah dan Archana adalah saudara, Jannah dan Lim Guan Eng adalah bersaudara, Jannah dan Obama juga bersaudara.

Cuma, Allah mahu berikan hidup kita lebih bererti. Dia jadikan kita berbangsa bangsa dan bersuku. Ada bangsa Cina, India, Afrika, Orang Putih, Jepun, Melayu dan lain lain. Setiap bangsa ada kelebihan, budaya dan adat masing masing. Cina terkenal dengan mata sepet, kulit putih, rambut lurus, dan Tahun Baru Cina. India pula terkenal dengan kulit yang hitam manis, mata luas menggoda(hehe.. Jangan marah Archana), dan sari mereka. Melayu juga, terkenal dengan cakap berlapik, sopan, songkok dan baju kurung. Maknanya, setiap bangsa ada TERKENAL dengan ciri ciri masing masing. Jadi, itulah yang patut kita kenal. Bayangkan alangkah boringnya dunia kalau semua manusia ni satu colour je, satu bangsa je. Tak adalah hero Hindustan, hero Jepun dan heroin Korea. Hehehe.


Jika manusia berpandukan kepada ayat Allah ini, isu perkauman tidak patut timbul, kerana asal perkauman ini dibuat untuk mengenalkan manusia. Cuma, firman Allah ini tidak diendah, bahkan perkauman dijadikan alasan untuk bermusuhan. "Aku tak suka budak Kelantan, gi mana mana, cakap loghat dia, bajet r!" "Kalau nak cari bini, tak nak aku cari budak Melaka, cakap kasar je."

Ada sahaja alasan nak menyalakan api. Walhal, kan menarik orang Kelantan ada loghatnya sendiri. "Make ike dale pingge depe kole". Hehe. Mungkin kita tak suka orang yang kasar, namun, ada yang suka orang yang macam tu. Jadi, kan cantik ciptaan Allah itu. Macam macam ragam orang ini.

Kesimpulannya, kita adalah bersaudara. Kita berbangsa dan bersuku untuk kita saling mengenal. Pelbagai KAUM itu INDAH, manusia sahaja yang MEMBURUKKANNYA!!

2 comments:

Anonymous said...

jannah,,
tajuk tu cam tak seswai jek
perkauman tu cam racist plak
bkn lg best ke klu ganti ngan perpaduan itu indah
takpun perpaduan antara kaum itu indah!!
hehe,,just a silly opinion!

Jannah said...

trima kaseh atas komen yang diberikan..
sangat mengalu-alukan =)