Sunday, April 5, 2009

~Betulkan yang BIASA, biasakan yang BETUL~

Alhamdulillah... Akhirnya niat Jannah untuk menubuhkan blog ini akhirnya tercapai. Walaupun ia nampak simple, tapi akan Jannah cuba improve Jannah punya kepakaran dalam bidang IT ni. InsyaAllah dalam blog ini akan dinukilkan perjalanan hidup Jannah sebagai seorang yang telah dipercayai oleh sahabat Jannah di Fakulti Perubatan untuk menjadi suara mereka. Tidak lupa juga, kemungkinan ia mungkin boleh dijadikan sebagai wadah untuk Jannah sampaikan pesanan buat sahabat-sahabat yang sudi berkunjung ke blog yang tak seberapa ini.

Jadi, hadis pertama dalam hadis 40 ini akan Jannah ambil sebagai pedoman, dan ia juga telah berjaya dihidupkan penghayatannya oleh saudara Muadz dengan nasyidnya. Sama-samalah kita hayati isi kandungan hadis tersebut dan doakan Jannah tidak terpesong niat dari perjuangan yang murni ini.

"Apabila kamu melangkah ke alam perjuangan, kamu tidak akan dihamparkan dengan karpet merah, kerana jalan perjuangan ini penuh dengan liku-liku dan mehnah tribulasi di hadapannya. Jadi, bergantunglah kepadaNya agar ditetapkan kamu dalam jalan yang mulia ini."

Sekian wadah pertama daripada Jannah, wassalam...

~Betulkan yang BIASA, biasakan yang BETUL~

1 comment:

kaksyikin said...

bila ditanya kpd pejuang, 'adakah pjuangn nie memenatkan?'. pejuang kan mjawab pjuangn nie amat mmenatkan jiwa. bila di tanya lgi,'kenapa kmu masih meneruskan pjuangn y mmenatkan ini?'. mka pjuang pun mjawab,'krn aku bharap dgn pjuangn y mmenatkn nie, aku dpt berehat di SANA kelak dgn tenang, insyaALLAH'