Monday, June 15, 2009

PENGUMUMAN PENTING..SILA BACA

Salam Sayang wat teman2 seperjuangan~

Moga dalam rahmat Allah selalu..

Nak buat pengumuman sikit berkenaan PROJEK ELEKTIF FASA DUA.

Ada 4 perkara yang ingin disampaikan kepada semua pelajar yang menjalankan elektif daripada Dr Wan:

1. Presentation hendaklah dibuat dalam bentuk poster. Poster yang dibuat hendaklah menggambarkan projek yang dilakukan oleh kumpulan tersebut.
2. Tarikh presentation jatuh pada 24hb Jun 2009, bertempat di ruang hadapan perpustakaan Fakulti Perubatan. Jam 9.00 pagi.
3. Setiap ahli kumpulan haruslah tunggu di tempat presentation dan bersedia untuk disoal dan menerangkan poster@projek yang dilakukan kepada “external examiner”. Markah akan diberi oleh ‘external examiner” tersebut.
4. Setiap kumpulan haruslah membuat laporan dalam dua bentuk : hard copy and soft copy. Soft copy hendaklah dihantar pada
Jannah 2 minggu selepas masuk semester baru Julai nanti
.

Segala pertanyaan, ketua kumpulan bolehlah bertanya pada Jannah (0132059859) ataupun pada Dr Wan sendiri di Jabatan Parasitologi…

Harapnya pesanan ini disampaikan pada rakan2 lain juga ..

“..saling berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran” al-asr

Selamat berelektif~ tahniah pada yang telah siap

JANNAH~

Thursday, June 11, 2009

12th KOLEJ..Ape CeRita?

Salam 165~

Hmm sukar untuk Jannah nyatakan di sini..
Sudah tentu sukar terutama apabila membawa harapan ramai orang..

Pada Jumaat yang lepas, Jannah telah menerima feedback dari pihak pejabat Kolej ke-12 berkenaan permohonan untuk menginap di Kolej berkenaan selama 6 minggu tersebut,
Mereka memaklumkan bahawa tiada tempat untuk pemohon2 yang telah dihantar namanya. Hal ini berikutan kapasiti pelajar PASUM yang menginap telah melebihi kapasiti yang mereka sediakan,malah adik2 PASUM tidak keluar. Mereka juga terpaksa meletakkan sebahagian pelajar2 Fakulti ke Kolej lain(sekiranya boleh). Mereka turut memohon maaf kerana tidk dapat membantu.

Harap maaf kawan2..telah cuba yang termampu..

Jannah harap kepada sesiapa yang masih tidak tahu nak tinggal di mana semasa 6 minggu tersebut, boleh la mencari rumah2 sewa.. kalau boleh secepat mungkin.. Dr Zurainee kata, rumah sewa jika dicari sekarang mungkin banyak yang kosong berikutan cuti semester sekarang.

Hmmm…
Harap maklum

Sebarang kemusykilan atau kesulitan boleh la menghubungi Jannah ( 0132059859 )
Jannah akan cuba untuk membantu InsyaALLAH~

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:

"Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri."
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Salam~

Sunday, May 31, 2009

Jika tidak sekarang, bila?


"AKU tak tahu macam mana nak mulakan cerita. Dulu, aku ada teman lelaki. Hampir empat tahun kami berkawan. Masa aku terima dia, dia bukan lelaki baik. Anak luar nikah dia ada lima orang.

Dia kaki mabuk, main perempuan, judi, semuanya lengkap. Namun sebab dia berjanji nak berubah dan selepas fikir baik buruknya, aku tetap terima dia... cintalah katakan.

Namun, emak dan ayah aku tak suka dia sebab dia bukan Melayu, tapi mamak. Disebabkan mabuk cinta, aku abai semua itu. Setiap hari aku jumpa dia, sampai satu masa aku serahkan mahkota aku pada dia......."
petikan dari Harian Metro

Dahsyat. Ngeri. Meremang bulu roma bila memikirkan perkara perkara sebegini. Inilah dunia akhir zaman. Jikalau sahabat sahabat adalah peminat setia akhbar Metro, sudah tentu, sudah bosan mendengar cerita seperti di atas, kan?

"KL ni banyak orang jahat", kata2 yang tak pernah Jannah lupakan sampai sekarang. Walaupun ramai yang kutuk, tak pe, korang tak tahu situasi. Hehe... Bukan KL je, sekarang ni, satu dunia begitu. Tiada tempat yang selamat untuk manusia, hatta Mekah sendiri, kita selalu mendengar kes kes kecurian di sana.

Astaghfirullahal azim....

Mungkin ada yang kata, tak perlu ambil kisah, yang penting jaga diri kita. Tapi, sedar atau tidak, ia bukan semudah itu. Jika kita hanya berdiam dan tak berbuat apa apa, kerosakan akan terus berlaku. Akhirnya, mungkin kita, atau zuriat kita yang turut menjadi mangsa. Siapa tahu? Sedar atau tidak, jika mereka yang mengambil ijazah perguruan mempunyai banyak masalah sosial sekarang, bayangkan "SIAPA YANG BAKAL MENDIDIK ANAK ANAK KITA NANTI"?(wah... fikir jauh ni.. hehe.. tapi, jangan main, bahaya ni)


Selagi Islam tidak tertegak, selagi Islam tidak dijadikan sistem pemerintahan, selagi itu, kerosakan akan terus berlaku. Jadi, siapa yang nak tegakkan Islam kalau bukan kita? Bila kita kena tegakkan Islam? Lepas belajar? Busy dengan kerja. Lepas kerja? Dah tua kerepot. Kesimpulannya, JIKA TIDAK SEKARANG, BILA?

"Betulkan yang biasa, biasakan yang betul"

Wednesday, April 29, 2009

Koreksi diri~

“Wahai Tuhanku, aku bermohon kepadaMu rasa takut kepadaMu di dalam rahsia dan terang, aku bermohon kepadamu perkataan yang benar di waktu marah dan redha dan aku bermohon kepadaMu bersikap sederhana di waktu fakir dan kaya.”
(Doa Rasulullah SAW)

Setiap kata kata atau perilaku yang keluar dari diri kekasih Allah ini sungguh bermakna. Alangkah bahagianya hidup ini jika dipandu oleh Allah SWT sedemikian rupa. 4 sifat Nabi yang dipelajari itu bukan untuk dikeTAHUi sahaja, tetapi untuk diterapkan dalam diri kita sebagai umatnya. Sidiq, Amanah, Tabligh dan Fatanah. Namun, sejauh mana kita mengimplentasi kesemua sifat ini ke dalam diri kita selaku umat Muhammad SAW? Hina sungguh diri ini kan? Mengaku sahaja umatnya, tetapi sejauh mana kita sendiri menjadikan Nabi SAW sebagai teladan.

Jika beginilah kita, layakkah kita mendapat syafaat daripadanya kelak? Takut takut, kita tak diakui pun sebagai umat baginda. Ayuh kita ambil iktibar sedikit daripada artikel ini, yang mana Jannah dapat daripada seorang kawan:~

"Maaf dakwah,
saya ada perkara lebih penting utk ‘kepentingan’ awak juge…

saya tak dapat nak usrah esok,
sebab esok saya ada deadline siapkan kertas kerja yg boss saya minta
maklumlah, ini utk awak juga
kena jaga ‘sihir’ sebab dakwah perlukan duit juga
dan kerja sihir saya memang sangat menimbun-nimbun tak terhingga

saya tak dapat nak ikut katibah hujung minggu ni
sebab hujung minggu ni family saya nak sambut birthday saya,
maklumlah, ini utk awak juga kena jaga hati family
sebab nanti tak boleh nak keluar ke program pula
dan family saya memang perlukan komitmen saya

saya tak dapat nak attend jaulah bulan ni
sebab saya kena pergi ke family day company saya
maklumlah, ini untuk awak juga
kena jaga rapport dengan kawan sekerja
sebab nanti mereka ingat pendakwah kera sumbang semuanya
dan kawan sekerja saya semuanya perlu saya jaga hatinya

saya tak dapat nak join mukhaiyam tahun ni
sebab kawan baik saya nak walimah
maklumlah, ini untuk awak juga kena pastikan kawan baik tak larikan diri,
nanti saya nak dakwah siapa? Itulah saja kawan baik saya di dunia

Maaf dakwah,
Setiap kali awak perlukan saya, saya diperlukan oleh perkara lain
Maklumlah, itu semua untuk awak juga
Lagipun ada orang lain boleh gantikan saya
Saya bukannya ada apa-apa tugas besar pun

Maaf dakwah,
Saya tak boleh nak dakwah dah
Saya rasa tak welcomed la dengan mereka
Saya rasa nak rehat sekejap la dari semuanya
Naqibah saya tak retilah nak cater saya dalam usrahnya
Saya rasa penatlah nak handle macam-macam perkara

Saya akan contribute dari sudut material saja nanti ya

Ohh maaf dakwah,
Saya tak boleh nak infak dah sekarang
Suami saya tak suka,
Anak saya perlukan duit saya juga
Kereta saya, rumah saya, bil bil saya semuanya perlu dilunaskan
Maaf ya dakwah. Maafkan saya ya.

semoga awak terus berjaya"

Dakwah itu sunnah Rasulullah dan merupakan tuntutan buat seluruh umat yang bergelar umatnya. Namun, ramai yang masih beralasan dengan pelbagai alasan. Bayangkan, jika Nabi SAW mempunyai sikap seperti kita yang banyak alasan, Islam tak akan tersebar luas sehingga ke 2/3 dunia. Mungkin, kita juga tidak dapat merasai nikmat Islam yang sungguh indah ini.

Renungan buat semua....
"Betulkan yang biasa, Biasakan yang betul"

Monday, April 27, 2009

Wanita: Kelembutan bukan kelemahan


"Isy... pompuan ni memang tak boleh harap. Suruh buat kerja semua tak boleh" rungut si Adam.

"Memang pompuan ni LEMAH. Kami tak mampu buat apa apa tanpa bimbingan lelaki" balas si Hawa pula.

Sesungguhnya, setiap kejadian Allah itu punya hikmah dan sebabnya. Dan kadang kadang mungkin menjangkaui logik akal makhlukNya. Sebab itulah apabila Allah ingin menjadikan kita, manusia di bumi ini, para Malaikat mempersoalkan tindakan Allah ini, "Kenapa Kau mahu jadikan makhluk yang akan melakukan pertumpahan darah dan kerosakan di muka bumi ini?". Allah menjawab dengan jawapan yang cukup hebat, "Sesungguhnya Aku tahu apa yang kamu tak tahu".

Jika difikirkan, samalah juga dengan penciptaan jantina, lelaki dan perempuan. Ada hikmah di sebalik kejadian kedua duanya. Masing masing punya fitrah peribadi masing masing. Lelaki dikenali sebagai golongan yang kuat, mementingkan logik dari emosi. Perempuan pula dikenali dengan kelembutan, dan emosi yang tinggi. Namun, persoalannya, bila itu keadaannya, adakah martabat perempuan itu direndahkan oleh Allah? Adakah bermakna, sesiapa yang diciptakan sebagai wanita, maka ia adalah makhluk yang LEMAH?

Sedarlah... Wanita sebenarnya bukan lemah, tetapi LEMBUT. Dan, kelembutan itu bukanlah satu kelemahan. Bahkan ia adalah lambang cantiknya dan moleknya wanita tersebut. Cuma, kadang kadang,mungkin akibat doktrin dan pemikiran sebegini bermain di fikiran wanita, wanita tidak merasakan diri mereka BERHARGA. Golongan ini lupa, bahawa sesungguhnya, di sebalik kejayaan tokoh tokoh yang hebat, punya wanita di sebaliknya.


Jannah pernah mendengar kata kata daripada seorang sahabat, tentang Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan. Mungkin masyarakat melihatnya hebat. Namun, ramai yang tidak mengetahui, di sebalik kehebatannya, dia sebenarnya ditampung dan disupport oleh seorang isteri yang sangat memahami dan hebat. Boleh rujuk buku baru, "Bidadari Dari Timur" untuk maklumat lanjut. Kita lihat Rasulullah sendiri, di awal Islam itu dibina, siapa yang sentiasa mendampingi dan menyokongnya? Sudah tentu sekali isteri yang paling disayanginya, Saidatina Khadijah. Hebatnya insan yang bernama Khadijah ini, sehinggakan dikenang oleh Nabi SAW di sepanjang hayatnya sehingga Aisyah sendiri cemburu dengannya akibat kasihnya Nabi SAW kepada Khadijah.

Jadi, adakah benar perempuan ini LEMAH? Jika perempuan tiada, lelaki juga tidak teratur hidupnya. Bahkan, mungkin lelaki juga akan menjadi LEMAH. Cuba kita bayangkan, jika Allah jadikan lelaki yang mengandung dan menyusukan anak, tak kelam kabut dunia jadinya? Sebenarnya, wanita tidak lemah, bahkan sangat berharga, cuma, mungkin mereka terlupa bahawa DIRI MEREKA SANGAT BERHARGA. Sedarlah wahai Hawa....

Akhirnya, ayuh kita menghayati nasyid dari Kumpulan DeHearty, "Wanita":

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa

Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa


Akalmu senipis bilahan rambut

Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu

Jua hatimu bak kaca yang rapuh

Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh


Tercipta engkau dari rusuk lelaki

Bukan dari kaki untuk dialasi

Bukan dari kepala untuk dijunjung

Tapi dekat di bahu untuk dilindung

Dekat jua di hati untuk dikasihi

Engkaulah wanita hiasan duniawi


Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok

Jika datangnya dari kayu yang bengkok

Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan

Bukannya harta ataupun pujian

Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa


Engkaulah wanita istimewa


Sedarilah insan istimewa

Bahawa kelembutan bukan kelemahan

Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Wednesday, April 22, 2009

Seni itu dakwah, dakwah itu seni


"Jannah, bukan ke tak bagus ke orang pompuan masuk nasyid ni? Ustaz Muhammad pun kata kalau orang pompuan nasyid ni, paling rendah, hukum dia makruh..."

Mengeluh seketika. Tak apa. Jannah yakin dengan apa yang Jannah lakukan.

Mungkin ada yang pernah mendengar pandangan daripada ulama' yang mengatakan muzik itu sendiri adalah haram. Bahkan, ada yang mengatakan muzik itu adalah bid'ah. Mereka tidak salah sama sekali. Tidak sama sekali. Kerana mereka punya hujah sendiri. Namun, usahlah kita bergaduh tentang perkara khilaf. Itu pandangan mereka, dan mereka tidak salah dan mereka juga tidak boleh katakan orang yang bercanggah pendapat dengan mereka adalah salah. Kerana... Masing masing punya hujah sendiri.

Kebanyakan mereka yang menolak seni adalah mereka yang tidak mengerti apa itu seni. Islam untuk semua. Islam juga adalah untuk orang seni. Jika seseorang itu boleh berdakwah dalam bidang seni, adakah Islam melarang? Bagi Jannah, sudah tentu tidak. Dan, sebenarnya ia merupakan kelebihan bagi individu tersebut untuk menyampaikan risalah Islam.

Percayalah, manusia ini bermacam macam jenis. Ada yang sempoi, ada yang seni, ada hiphop, ada yang metal, ada yang skima. Dan, Islam sesuai untuk semua jenis manusia kerana sememangnya Allah turunkan Islam sebagai panduan bagi manusia. Jadi, dalam soal seni, hanya orang yang mendalami kesenian akan faham maksud seni tersebut.


Sebagai contoh, lukisan abstract yang kita, selaku orang yang tidak menjiwai seni, akan mengatakan bahawa bodohnya mereka kerana sanggup membeli lukisan tersebut dengan harga berjuta juta. Jika kita teliti, pelukis seperti menconteng sahaja lukisannya. Tapi, bagi mereka yang menjiwai lukisan, lukisan itu memberi seribu makna, kononnya mereka mampu membaca apa yang pelukis cuba sampaikan. Wallahua'lam...

Jadi, samalah situasinya dengan muzik. Orang yang tidak meminati nasyid akan mengatakan nasyid itu membosankan dan mula membahaskan soal niat penasyid tersebut, "Betul ke dia ni nak bawa dakwah?". Namun, mereka tidak nampak kebaikan dan kelebihan kepada Islam di sebalik itu. Sedarkan kita, ramai remaja remaja masa kini mula menggilai kumpulan kumpulan nasyid alaf baru ini. Maknanya, peluang dakwah di situ cukup luas jika mahu dibandingkan dengan ceramah yang hanya orang yang turun ke surau sahaja yang akan mendengar, selalunya golongan yang telah berumur. Kemudian, mereka yang meminati dan mendalami nasyid, kadang kadang mampu menjadikan lagu tersebut sebagai penaik semangat, muhasabah dan sebagainya. Jangan terkejut bila mana terdengar ada yang mampu menangis bila mendengar nasyid. Sebab apa? Sebab dia menjiwai apa yang disampaikan oleh penasyid tersebut.

Sedarlah. Islam itu tidak semestinya disampaikan dengan satu cara sahaja. Bahkan, Ustaz Muhammad sendiri mengidamkan sebuah syarikat penerbitan sendiri untuk menerbitkan filem filem berunsurkan Islam. Itulah orang yang berjiwa besar. Namun, bila mana menceburi dalam bidang ini, ujian Allah akan datang sesuai dengan bidang yang kita ceburi. Ya, harus diingat buat penasyid, kadang kala, populariti itu lebih diidam berbanding risalah yang ingin disampaikan.


Jika soalan di awal artikel ditujukan kepada Jannah, Jannah akan menjawab, "Dah, tak ada orang(lelaki) yang nak berjuang dalam bidang ini, biarlah Jannah yang buat. Kerana Jannah sedar, keuntungan besar buat Islam, jika kita menceburi bidang ini."

Sunday, April 19, 2009

Wanita: Percayalah.. Ini realiti


"Eh, Mat, ada pompuan mengandung lalu, kau rasa, anak dia laki ke pompuan?"
"Aku bet anak dia laki.Kalau laki, kau kena bagi aku 2 anak pompuan kau kat aku, boleh?"
"Okay, set! Aku bet anak dia pompuan, kalau kau kalah, kau kena bayar 2 kali ganda, 2 anak pompuan kau dan 2 bini kau."
"Jom kita gi check. Tak sabar aku nak menang, dapat hadiah. Haha..."
Lalu, perut perempuan yang mengandung itu DIBELAH HIDUP HIDUP untuk mendapatkan jawapan.

Jijiknya....

"Mat, aku dengar bini kau lahirkan anak pompuan, betul ke?"
"Kau ni, cakap slow sikit. Nanti ada orang dengar, malu aku. Aku bengang betul lepas tahu berita ni, bini aku pun satu hal, dah dua kali dah dia buat macam ni."

(Situasi ini, Jannah ubah suai gaya bahasanya untuk penghayatan dan direlatekan dengan situasi semasa)

Agaknya, bila mana perbualan begini didengar pada masa sekarang, apa kita akan kata? Mungkin ada yang akan mengeluarkan, "Dah gila agaknya diorang ni". Namun, inilah hakikat yang pernah terjadi suatu ketika dahulu................... sebelum datangnya Islam.

Bagi mereka, perempuan adalah najis, hina dan barang yang boleh ditukar tukar. Mendapat anak perempuan seperti dilemparkan najis ke muka. Kita mungkin akan berfikir, "kenapalah boleh berfikir sampai begitu? Siapa yang melahirkan mereka kalau bukan perempuan?". Namun, ini realtiti. Ini realiti.

Datangnya Muhammad SAW menyedarkan masyarakat tentang PENTINGnya seorang wanita. Bahkan, martabat mereka diletakkan di tempat yang sepatutnya. "Syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu" cukup menerangkan segala. Namun, tetap juga kedengaran, bahawa Islam yang dibawa oleh Nabi SAW ini, menindas wanita. Pelik kan? Tapi, ini realiti. Ini realti. Adakah mereka mahu zaman tersebut kembali, baru mereka akan percaya?


Islam itu sangat ADIL. ADIL, bukan semestinya SAMA RATA. Apa itu adil? Meletakkan sesuatu pada tempatnya. Banyak kedengaran kini, tentang isu kononya HAK KEADILAN TERHADAP WANITA. Namun, mereka lupa, yang mereka perjuangkan itu bukan KEADILAN, tetapi KESAMARATAAN. Adakah adil kita memberi makan anak kita berusia 15 tahun, 8 tahun, 4 tahun dan 2 tahun dengan 2 pinggan nasi semuanya?

Namun, tugas siapa kalau bukan kita, yang faham tentang keadilan ini, untuk memahamkan mereka. Kehadiran mereka tidak perlu digeruni, kerana kehadiran mereka, bermakna Allah Taala ingin memberikan kita peluang untuk berbakti kepada agama. Dan, percayalah Islam itu datang daripadaNya, jadi, tak mungkin ada yang tidak kena dengan Islam. Jika ada, sila utarakan kepada Jannah, dan Jannah pasti bahawa Islam tak mungkin salah. Cuma, mungkin, umat Islam itu tidak mencerminkan Islam.

Sama sama kita fikirkan. Jom bersama Jannah kita perjuangkan isu wanita ini.

"Betulkan yang biasa, biasakan yang betul"