Thursday, June 10, 2010

"awak ni perempuan ke?"

"awak ni perempuan ke?"
"eh,bukan!"
"abes tu nape naik sini?"
"nape xboleh naik sini??"
"xnampak ke,ni koc untuk perempuan sahaje?"
"ooh! yeke? sori2"

hahaha.. perbualan yg jannah sempat dengar semasa naik KTM dari Pantai Dalam ke Klang. jarang menggunakan prkhidmatan awam ini,namun kalo dah xde kenderaan..kena la jugak naik =)

berbalik kpd perbualan td..tabik tol kat akak tu..memang berani dan sinis.hehe..
buat "cik abang" yg tersilap naik tu..kasihan jugak,terpaksa keluar dai koc tu n pergi ke koc lain which is DAH PENOH.. memang sardin KTM hr tu disbbkan terputus bekalan elektrik menyebbkan pergerakan lambat dan kebetulan peak hour time tu..

apabila naik koc perempuan tu, memang SESAK SANGAT!
terpaksa berhimpit-himpit dgn wanita2 lain..
terdetik kat hati ni, nasib baik semua perempuan..kalo sesak2 pon same2 perempuan.. rasa bersyukur sgt..bukan senang dlm zaman sekarang kte dapat lihat "pengasingan" ini dilaksanakan..
bayangkan lah kalo terpaksa berhimpit-himpit bercampur dikalangan lelaki dan perempuan..! memang xsanggup!
Mungkin akan terjadi kejadian2 yg xdiingini seperti seluk saku,ragut, dan yg paling ditakuti wanita..dicabul kehormatan..mungkin agak kasar jannah sebut perkataan ni.. tp geram sgt!
masih banyak kes2 spt ini dilaporkan di surat kabar..belom yg xdilaporkan.
.



So, jannah rasa koc wanita ni..memang best dan penting untuk menjaga kehormatan dan keselamatan wanita..
bukan nak menyalahkan kaum Adam 100% , kaum Hawa juga banyak khilafnya terutama dlm hal menutup aurat dan ikhtilat.. bak kata mak jannah kalo pasal aurat.."pakai yg menutup aurat jannah, bukan yg membungkus aurat"...
namun, apabila iman senipis kulit bawang, pujuk rayu syaitan dan nafsu..akan terjadi perkara2 yg tidak elok tu..huhu

hohoho..sebenanya nak bgtau best naik koc wanita..terjauh lak topik..xpela kan.=p
tapi,koc wanita tu patot dikawal gak..sebab masih ada lelaki2 yg mungkin x perasan dirinya menaiki koc wanita..dan wanita pon harapnya daat la menggunakan koc wanita instead of naik koc yg lain..

thanx to KTM sbb ada inisiatif memikirkan kebajikan wanita..(wpun isu koc wanita da lame..tp jannah bru dapat naik n rasa sendri..hehe)

sebelum nak habis type ni, nak kongsi ayat2 cinta Allah ni~

"Dan katakanlah kepada para perempuan yg beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya(auratnya), kecuali yg (biasa) terlihat. laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki merekaatau putra-putra saudara perempuan mereka, atau para perempuan (sesama islam) mereka, atau hamba sahaya yg mereka miliki.
Dan hendaklah mereka menutupkan kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan prhiasannya (auratnya) kecuali kepada suami mereka, ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka,atau saudara-saudara, atau para pelayan laki-laki (tua) yg tidak mempunyai keinginan terhadap perempuan, atau anak-anak yg belum mengerti tentang aurat perempuan......"

surah An-Nur. ayat 31

Ayat2 cinta Allah ini untuk peringatan diri sendiri dan semua~ =)
moga bertambah cinta kita pada Nya..

ok nak g Child Health Clinic..hari ni belajar developmental assessment for children...comel2 dorang tu! =)
salam~

Saturday, January 16, 2010

salamun salam~

hmmm..
nak berkongsi satu blog yg jannah attached link kat bawah nie..
periuk tanah..
isteri ustaz jannah yg wat..
kak an nama nya..pandai betol masak..






jannah war2kan..mane tahu ade kawan2 yg nak belajar masak melalui blog kak an nie..
kak an x sorok rahsia tau..
kalo buat ikut arahan...baca bismillah, insyaAllah jadik punye!!
btol x kak an..






kepada kawan2 jannah contohnya nadia azia yg minat masak tu..selalu2 la update kat periuk tanah ek..

'belajar tinggi mana pon,pompuan sure kena masuk dapur nye jannah oii'..huhu.. pesan mak jannah

=p

tambah ilmu..tambah amal..

Sunday, January 3, 2010

Sayang suami?

Salam!!
lama x bukak blog..hmm laptop ni manja sangat.. nak detect wifi pun lambat..hoho..

teringin nak berkongsi pengalaman 'clerk' patient lelaki cina.. uncle ni menghidap sakit batu karang dalam ginjal.
namun bukan penyakit tu yang Jannah nak ceritakan, namun kenyataan uncle tu yang membuat Jannah tertarik untuk dikongsikan disini.

" uncle dulu sikit lagi mau masuk islam woo. uncle punya 1st love dulu pompuan melayu..kerja tempat sama,manyak comel dan baik"

xsangka uncle mahu kongsi cerita peribadi ni kat Jannah..uncle pun teruskan cerita ...

"saya dulu memang serius mau sama dia.. sudah jumpa bapak pompuan tu lagi sebab mahu mintak izin kawen sama dia"

pastue ape yang berlaku ek?saspen2

"ayah dia benarkan uncle kawen sama anak pompuan dia ke uncle?" tanya Jannah ingin tahu.

"bagi woo..tapi.."

uncle perlahankan suara sambil memandang ke sekeliling..

"tapi ayah dia suruh saya potong dulu.."

"potong?" Jannah blurr jap

"ala itu orang islam lelaki selalu kena"

"oowhh..sunat la uncle!" beritahu Jannah membetulkan istilah.geli hati pulak dngar istilah 'potong' tue =p

"nape uncle nak kawen ngan pompuan islam?"tanya Jannah lag..nyibuk je kan.haha

"sebab aa itu orang pompuan melayu islam sangat sayang sama suami.."
tersenyum Jannah mendengar kenyataan uncle.

"pastu uncle? nape uncle xpeluk islam dan kawen sama pompuan islam tu?" xsabar Jannah nak tahu cerita uncle seterusnya.

"xjadi kawen. sebab bapak saya marah sangat woo. dia kata kalau saya kawen sama itu pompuan islam saya kena keluar dari keluarga saya"

oowwh sayangnya (bisik hati Jannah)

uncle turut memberi contoh kawan2 beliau untuk menyokong pernyataan tersebut,malahan uncle memberi contoh di wad tersebut yang ketika itu terdapat beberapa orang wanita islam menjaga suami mereka yang terlantar di hospital.mandikan, suapkan makanan. malah menukarkan lampin suami mereka. uncle pada ketika itu sedih kerana isterinya hanya datang 5 minit menjenguk nya..mungkin ada hal penting yg isteri uncle tu perlu selesaikan..

terdetik di hati Subhanallah~ syurga isteri di bawah tapak kaki suami~
konsep yg diajarkan Allah kepada sang isteri supaya hidupnya berbakti kepada suami, mengikut kehendak suami selagi tidak melanggar syariah islam..
uncle tersebut telah melihat dari sudut "perempuan islam sgt sayang pada suami" dan pada kita sebagai seorang muslim telah kita tahu betapa besar pahala dan kemuliaan yg Allah akan beri pada Isteri yg berbakti pada suami..



Subhanallah~

mungkin uncle mengeluarkan kenyataan tersebut kerana uncle sedih isterinya dtg kejap je. namun tetap memberi satu gambaran manisnya arahan yg Allah berikan supaya berbakti pd suami..

betol. jannah tak menafikan betapa banyak kes2 penceraian yg bertimbun di mahkamah syariah. Malah xmenafikan bukan semua isteri seperti isteri uncle tersebut. namun itulah hikmah yang Allah mahu kita lihat jika kehidupan yang kita jalani mengikut cara hidup islam..bukan islam separuh..bukan islam suku..tapi ISLAM SEPENUHNYA.. insyaAllah.

mungkin org lain yg baca cite Jannah ni nampak dari sudut yg berbeza. xkesahla. asalkan amek sesuatu yg baik dan jadikan nya pengajaran dalam hidup ni =)


hmmm
selalunya Jannah dengar juga ibubapa muslim xsupportive kalau anak2 mereka kawen dengan agama lain.tapi dalam kesah ini ayah uncle tersebut yg menghalang. uncle tu masih pamdai menyelitkan perkataan "Masya ALLAH", "astaghfirullah" dalam cerita nya. uncle kata belajar dari ayah wanita islam tersebut.
ya.. jannah faham mungkin makbapak xyakin anak2 terutama anak perempuan mereka boleh guide muallaf@suami mereka ke jalan yg benar. memang. pasti banyak halangan2 dan cubaan. namun itulah yg memberi kemanisan di akhirnya~


namun, Jannah berharap agar kita tidak membuat statement "eleh, dia tu masuk islam sebab nak kawen je. kalau tak kawen,tak de nye nak masuk islam"

Bukan. jangan berfikir begitu. Pendakwah masyhur di MAlaysia, Brother Syahkirit pun mengaku beliau masuk Islam pun pada mulanya disebabkan mahu berkahwin dengan wanita islam. namun lihat saja Beliau yg sekarang menjadi salah seorg drpd pendakwah yg giat dgn aktiviti dakwahnya.

Kita manusia yg cetek ilmu ini tidak tahu dari sudut mana, dan bila Allah akan turunkan HidayahNya pd hamba2Nya yg terpilih. mungkin dengan perkahwinan hidayah Islam itu hadir dlm jiwa seseorang..? wallahu'alam

renung2kan lah

"lu aa kalo mau kahwen nanti, baik lu cari suami cina woo?"uncle sempat berpesan..
"hah?nape uncle?" Jannah tanya balik..

"sebab,laki cina sayang sama isteri, pandai cari duit untuk keluarga.." uncle membalas..

"kalau laki melayu uncle?"

"laki melayu malas" perlahan je uncle sebut.

hahaha..
p/s: itu pandangan uncle je ek..jangan amek hati. Jannah pecaya bukan semua lelaki begitu. tol?

no komen =p


Sunday, November 8, 2009

KaDanG - kAdANg~

hmmm...

kadang - kadang kita selalu fikir kita ni betol..
orang lain?
orang lain ada je salahnya..ada je yang tak kena..


kadang - kadang kita selalu rasa pendapat kita yang paling baik...
pendapat orang lain?
pendapat orang lain semua tolak tepi..semua salah


kadang - kadang kita rasa asyik nak marah je bila orang buat tak elok kat kita..
tapi kita?
kita bila marah orang, bukan main naik tocang...


kadang - kadang kita selalu nak orang dengar masalah kita...
tapi kita?
kita buat dek je bila orang ceritakan masalah.."malaslah nak dengar..nyusahkan aku je!"


kadang - kadang kita cepat sangat berburuk sangka pada orang lain..
orang lain?
orang lain bila buruk sangka dengan kita, kita duk sibuk nak tegur "tak baik suu'uzzon tau!"


kadang - kadang kita senang judge orang tu x baik. orang tu masuk neraka...
tapi?
tapi sebenarnya kita tak tau, dia jauh lebih baik daripada kita..siapa kita untuk cop orang? kita lupa keampunan dan kereDhaan adalah milikNya~ kita belum tentu di mana..


kadang - kadang kita suka larikan diri dari kesilapan dan tanggungjawab..
lari mana?
lari supaya kita tak tanggung kesilapan tu..biarkan orang lain yang terkena! walhal kita lupa kisah nabi yunus ditelan ikan yu selepas lari (lari meninggalkan kewajipan) daripada umatnya..


kadang - kadang tanpa kita sedar,kita sering berkata yang tak baik tentang seseorang..
so?
"Dan tidakkah mereka tahu bahawa Allah mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka nyatakan"


kadang - kadang kita sering salahkan Allah atas apa yg tak baik berlaku pada kita
tapi?
tapi kita lupa..Allah Lebih Tahu yang terbaik dari kita..
"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. tetapi boleh jadi kamu tidak enyenangi sesuatu, padahal ITU BAIK bagimu, dan boleh jadi kamu MENYUKAI sesuatu, padahal ITU TIDAK BAIK bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak megetahui"


manusia...
mudah benar kita terlupa..
mudah benar kita terleka..
dengan hiasan dunia..
yang sebenarnya hanya sementara..


~Hanya HambaNYa yang lemah~


tertarik Jannah ngan ayat dari surah Al-mulk, ayat 23

"Katakanlah, " Dialah yg menciptakankamu dan menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati nurani bagi kam. (Tetapi) SEDIKIT SEKALI KAMU BERSYUKUR"


lihat . dengar . faham . iktibar






Monday, June 15, 2009

PENGUMUMAN PENTING..SILA BACA

Salam Sayang wat teman2 seperjuangan~

Moga dalam rahmat Allah selalu..

Nak buat pengumuman sikit berkenaan PROJEK ELEKTIF FASA DUA.

Ada 4 perkara yang ingin disampaikan kepada semua pelajar yang menjalankan elektif daripada Dr Wan:

1. Presentation hendaklah dibuat dalam bentuk poster. Poster yang dibuat hendaklah menggambarkan projek yang dilakukan oleh kumpulan tersebut.
2. Tarikh presentation jatuh pada 24hb Jun 2009, bertempat di ruang hadapan perpustakaan Fakulti Perubatan. Jam 9.00 pagi.
3. Setiap ahli kumpulan haruslah tunggu di tempat presentation dan bersedia untuk disoal dan menerangkan poster@projek yang dilakukan kepada “external examiner”. Markah akan diberi oleh ‘external examiner” tersebut.
4. Setiap kumpulan haruslah membuat laporan dalam dua bentuk : hard copy and soft copy. Soft copy hendaklah dihantar pada
Jannah 2 minggu selepas masuk semester baru Julai nanti
.

Segala pertanyaan, ketua kumpulan bolehlah bertanya pada Jannah (0132059859) ataupun pada Dr Wan sendiri di Jabatan Parasitologi…

Harapnya pesanan ini disampaikan pada rakan2 lain juga ..

“..saling berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran” al-asr

Selamat berelektif~ tahniah pada yang telah siap

JANNAH~

Thursday, June 11, 2009

12th KOLEJ..Ape CeRita?

Salam 165~

Hmm sukar untuk Jannah nyatakan di sini..
Sudah tentu sukar terutama apabila membawa harapan ramai orang..

Pada Jumaat yang lepas, Jannah telah menerima feedback dari pihak pejabat Kolej ke-12 berkenaan permohonan untuk menginap di Kolej berkenaan selama 6 minggu tersebut,
Mereka memaklumkan bahawa tiada tempat untuk pemohon2 yang telah dihantar namanya. Hal ini berikutan kapasiti pelajar PASUM yang menginap telah melebihi kapasiti yang mereka sediakan,malah adik2 PASUM tidak keluar. Mereka juga terpaksa meletakkan sebahagian pelajar2 Fakulti ke Kolej lain(sekiranya boleh). Mereka turut memohon maaf kerana tidk dapat membantu.

Harap maaf kawan2..telah cuba yang termampu..

Jannah harap kepada sesiapa yang masih tidak tahu nak tinggal di mana semasa 6 minggu tersebut, boleh la mencari rumah2 sewa.. kalau boleh secepat mungkin.. Dr Zurainee kata, rumah sewa jika dicari sekarang mungkin banyak yang kosong berikutan cuti semester sekarang.

Hmmm…
Harap maklum

Sebarang kemusykilan atau kesulitan boleh la menghubungi Jannah ( 0132059859 )
Jannah akan cuba untuk membantu InsyaALLAH~

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:

"Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri."
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Salam~

Sunday, May 31, 2009

Jika tidak sekarang, bila?


"AKU tak tahu macam mana nak mulakan cerita. Dulu, aku ada teman lelaki. Hampir empat tahun kami berkawan. Masa aku terima dia, dia bukan lelaki baik. Anak luar nikah dia ada lima orang.

Dia kaki mabuk, main perempuan, judi, semuanya lengkap. Namun sebab dia berjanji nak berubah dan selepas fikir baik buruknya, aku tetap terima dia... cintalah katakan.

Namun, emak dan ayah aku tak suka dia sebab dia bukan Melayu, tapi mamak. Disebabkan mabuk cinta, aku abai semua itu. Setiap hari aku jumpa dia, sampai satu masa aku serahkan mahkota aku pada dia......."
petikan dari Harian Metro

Dahsyat. Ngeri. Meremang bulu roma bila memikirkan perkara perkara sebegini. Inilah dunia akhir zaman. Jikalau sahabat sahabat adalah peminat setia akhbar Metro, sudah tentu, sudah bosan mendengar cerita seperti di atas, kan?

"KL ni banyak orang jahat", kata2 yang tak pernah Jannah lupakan sampai sekarang. Walaupun ramai yang kutuk, tak pe, korang tak tahu situasi. Hehe... Bukan KL je, sekarang ni, satu dunia begitu. Tiada tempat yang selamat untuk manusia, hatta Mekah sendiri, kita selalu mendengar kes kes kecurian di sana.

Astaghfirullahal azim....

Mungkin ada yang kata, tak perlu ambil kisah, yang penting jaga diri kita. Tapi, sedar atau tidak, ia bukan semudah itu. Jika kita hanya berdiam dan tak berbuat apa apa, kerosakan akan terus berlaku. Akhirnya, mungkin kita, atau zuriat kita yang turut menjadi mangsa. Siapa tahu? Sedar atau tidak, jika mereka yang mengambil ijazah perguruan mempunyai banyak masalah sosial sekarang, bayangkan "SIAPA YANG BAKAL MENDIDIK ANAK ANAK KITA NANTI"?(wah... fikir jauh ni.. hehe.. tapi, jangan main, bahaya ni)


Selagi Islam tidak tertegak, selagi Islam tidak dijadikan sistem pemerintahan, selagi itu, kerosakan akan terus berlaku. Jadi, siapa yang nak tegakkan Islam kalau bukan kita? Bila kita kena tegakkan Islam? Lepas belajar? Busy dengan kerja. Lepas kerja? Dah tua kerepot. Kesimpulannya, JIKA TIDAK SEKARANG, BILA?

"Betulkan yang biasa, biasakan yang betul"