Sunday, January 3, 2010

Sayang suami?

Salam!!
lama x bukak blog..hmm laptop ni manja sangat.. nak detect wifi pun lambat..hoho..

teringin nak berkongsi pengalaman 'clerk' patient lelaki cina.. uncle ni menghidap sakit batu karang dalam ginjal.
namun bukan penyakit tu yang Jannah nak ceritakan, namun kenyataan uncle tu yang membuat Jannah tertarik untuk dikongsikan disini.

" uncle dulu sikit lagi mau masuk islam woo. uncle punya 1st love dulu pompuan melayu..kerja tempat sama,manyak comel dan baik"

xsangka uncle mahu kongsi cerita peribadi ni kat Jannah..uncle pun teruskan cerita ...

"saya dulu memang serius mau sama dia.. sudah jumpa bapak pompuan tu lagi sebab mahu mintak izin kawen sama dia"

pastue ape yang berlaku ek?saspen2

"ayah dia benarkan uncle kawen sama anak pompuan dia ke uncle?" tanya Jannah ingin tahu.

"bagi woo..tapi.."

uncle perlahankan suara sambil memandang ke sekeliling..

"tapi ayah dia suruh saya potong dulu.."

"potong?" Jannah blurr jap

"ala itu orang islam lelaki selalu kena"

"oowhh..sunat la uncle!" beritahu Jannah membetulkan istilah.geli hati pulak dngar istilah 'potong' tue =p

"nape uncle nak kawen ngan pompuan islam?"tanya Jannah lag..nyibuk je kan.haha

"sebab aa itu orang pompuan melayu islam sangat sayang sama suami.."
tersenyum Jannah mendengar kenyataan uncle.

"pastu uncle? nape uncle xpeluk islam dan kawen sama pompuan islam tu?" xsabar Jannah nak tahu cerita uncle seterusnya.

"xjadi kawen. sebab bapak saya marah sangat woo. dia kata kalau saya kawen sama itu pompuan islam saya kena keluar dari keluarga saya"

oowwh sayangnya (bisik hati Jannah)

uncle turut memberi contoh kawan2 beliau untuk menyokong pernyataan tersebut,malahan uncle memberi contoh di wad tersebut yang ketika itu terdapat beberapa orang wanita islam menjaga suami mereka yang terlantar di hospital.mandikan, suapkan makanan. malah menukarkan lampin suami mereka. uncle pada ketika itu sedih kerana isterinya hanya datang 5 minit menjenguk nya..mungkin ada hal penting yg isteri uncle tu perlu selesaikan..

terdetik di hati Subhanallah~ syurga isteri di bawah tapak kaki suami~
konsep yg diajarkan Allah kepada sang isteri supaya hidupnya berbakti kepada suami, mengikut kehendak suami selagi tidak melanggar syariah islam..
uncle tersebut telah melihat dari sudut "perempuan islam sgt sayang pada suami" dan pada kita sebagai seorang muslim telah kita tahu betapa besar pahala dan kemuliaan yg Allah akan beri pada Isteri yg berbakti pada suami..



Subhanallah~

mungkin uncle mengeluarkan kenyataan tersebut kerana uncle sedih isterinya dtg kejap je. namun tetap memberi satu gambaran manisnya arahan yg Allah berikan supaya berbakti pd suami..

betol. jannah tak menafikan betapa banyak kes2 penceraian yg bertimbun di mahkamah syariah. Malah xmenafikan bukan semua isteri seperti isteri uncle tersebut. namun itulah hikmah yang Allah mahu kita lihat jika kehidupan yang kita jalani mengikut cara hidup islam..bukan islam separuh..bukan islam suku..tapi ISLAM SEPENUHNYA.. insyaAllah.

mungkin org lain yg baca cite Jannah ni nampak dari sudut yg berbeza. xkesahla. asalkan amek sesuatu yg baik dan jadikan nya pengajaran dalam hidup ni =)


hmmm
selalunya Jannah dengar juga ibubapa muslim xsupportive kalau anak2 mereka kawen dengan agama lain.tapi dalam kesah ini ayah uncle tersebut yg menghalang. uncle tu masih pamdai menyelitkan perkataan "Masya ALLAH", "astaghfirullah" dalam cerita nya. uncle kata belajar dari ayah wanita islam tersebut.
ya.. jannah faham mungkin makbapak xyakin anak2 terutama anak perempuan mereka boleh guide muallaf@suami mereka ke jalan yg benar. memang. pasti banyak halangan2 dan cubaan. namun itulah yg memberi kemanisan di akhirnya~


namun, Jannah berharap agar kita tidak membuat statement "eleh, dia tu masuk islam sebab nak kawen je. kalau tak kawen,tak de nye nak masuk islam"

Bukan. jangan berfikir begitu. Pendakwah masyhur di MAlaysia, Brother Syahkirit pun mengaku beliau masuk Islam pun pada mulanya disebabkan mahu berkahwin dengan wanita islam. namun lihat saja Beliau yg sekarang menjadi salah seorg drpd pendakwah yg giat dgn aktiviti dakwahnya.

Kita manusia yg cetek ilmu ini tidak tahu dari sudut mana, dan bila Allah akan turunkan HidayahNya pd hamba2Nya yg terpilih. mungkin dengan perkahwinan hidayah Islam itu hadir dlm jiwa seseorang..? wallahu'alam

renung2kan lah

"lu aa kalo mau kahwen nanti, baik lu cari suami cina woo?"uncle sempat berpesan..
"hah?nape uncle?" Jannah tanya balik..

"sebab,laki cina sayang sama isteri, pandai cari duit untuk keluarga.." uncle membalas..

"kalau laki melayu uncle?"

"laki melayu malas" perlahan je uncle sebut.

hahaha..
p/s: itu pandangan uncle je ek..jangan amek hati. Jannah pecaya bukan semua lelaki begitu. tol?

no komen =p


2 comments:

Anonymous said...

huhu...lelaki melayu malas??...mcm agak kontroversi disitu..pasni kena cari lelaki cina islam la...=)

Nurul Jannah Ismail said...

haha..mungkin xsemua. tp ambil pengajaran disebalik cerita ni =)